Wednesday, September 1, 2010

TIP MENJADI PELAJAR CEMERLANG - part 1



Bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang? mungkin pelajar-pelajar yang cemerlang di luar sana tahu bagaimana kaedah-kaedah atau tip-tip untuk menjadi cemerlang.. tetapi di sini, saya ingin berkongsi kepada semua tip-tip untuk menjadi pelajar cemerlang mengkut Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. untuk permulaan ni, saya beri dulu sebahagian tip yang perlu, nanti saya akan beri pula tip-tip yang lain dalam part 2 ok..
Tip-tip tersebut seperti berikut :

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat

6. jangan lupa untuk senyum

7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

9. Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

10. Sentiasa awal dan mendahului:
-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

11. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

12. Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

13. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

14. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

15. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

16. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

17. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

18. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).


1 comment:

  1. As claimed by Stanford Medical, It's indeed the SINGLE reason women in this country get to live 10 years longer and weigh 19 kilos less than us.

    (And actually, it really has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and EVERYTHING around "how" they eat.)

    BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...

    CLICK on this link to determine if this short questionnaire can help you discover your real weight loss possibility

    ReplyDelete