Wednesday, September 1, 2010

TIP MENJADI PELAJAR CEMERLANG - part 2




Jika dulu kita dah lihat tip-tip bagaimana menjadi pelajar cemerlang, sekarang kita akan lihat lagi tip-tip tersebut dalam part 2. kesemua tip ini merangkumi 36 kaedah yang perlu anda beri perhatian... semoga anda mampu menjadi seorang pelajar yang cemerlang..selamat beramal...

19. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

20. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

21. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

22. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

23. Tahu petua mengulang kaji
-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-duduk tegak dikerusi yang selesa
-baca doa penerang hati
-baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-fikir dan ingat kembali isi utama
-catat/lakar
-semak semula ketepatan maklumat
-ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-buat rumusan
-jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
-baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

24. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

25. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan
-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang
-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri

26. Tahu kemahiran mengingat:
-tampal nota-nota penting di dinding
-tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-gunakan kaedah akronim
-reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

27. Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
-patuh kepada jadual
-buat jadual yang boleh diikuti

28. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

29. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

30. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

31. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

32. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

33. Pelbagaikan tempat belajar.

34. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

35. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

36. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah
-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.

TIP MENJADI PELAJAR CEMERLANG - part 1



Bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang? mungkin pelajar-pelajar yang cemerlang di luar sana tahu bagaimana kaedah-kaedah atau tip-tip untuk menjadi cemerlang.. tetapi di sini, saya ingin berkongsi kepada semua tip-tip untuk menjadi pelajar cemerlang mengkut Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. untuk permulaan ni, saya beri dulu sebahagian tip yang perlu, nanti saya akan beri pula tip-tip yang lain dalam part 2 ok..
Tip-tip tersebut seperti berikut :

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat

6. jangan lupa untuk senyum

7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

9. Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

10. Sentiasa awal dan mendahului:
-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

11. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

12. Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

13. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

14. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

15. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

16. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

17. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

18. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).


Thursday, August 12, 2010

SETINTA KASIH MENGGILAP MUTIARA

Pada 6-8 Ogos yg lalu, saya bersama-sama dengan tujuh orang lagi rakan seperjuangan saya iaitu Shahrezza, Rapidah, Noraini, Ct, Od, Atun & Yasmin telah menjalankan program motivasi di SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar... walaupun menempuh perjalanan yg lama dengan menaiki keretapi, namun kami semua tetap puas kerana telah berjaya melaksanakan modul-modul prodigy kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Aziz yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam menjayakan program Setinta Kasih Menggilap Mutiara ini. Jom kita saksikan gambar-gambar yg ada..

menara impian

wajah kepuasan..

bertungkus lumus menyiapkan menara impian


menara mana paling tinggi??





masak lemang ke??




belonku sayang

semangat pasukan..


haa...sambut jgn tak sambut..


eh dapat sambut ke kak..???




ala...pecah sudah..


macam kereta api...




lelaki-lelaki gagah





senaman pagi

apa adik buat tu??


yer...adik-adik..ikut sy yeer..


iyahh...




angkat tgn tinggi2 lagi adik..


kembarun

mana nak pegi tu??

wahh..romantiknyer..


suap kak suap..


kuatnyer mereka...




pengorbanan seorg kawan..


teka kata..



Tuesday, July 20, 2010

Kelahiran Pertama

Bismillahirahmannirahim.....
Assalamualaikum...SalamSsejahtera...Salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin dariNYA saya telah berjaya melahirkan produk pertama saya yang diberi nama Getaran Jiwa.. Getaran Jiwa ini diwujudkan atas kesedaran saya dan juga sokongan daripada pensyarah saya yang The Best, iaitu tidak lain tidak bukan EN AB AZIZ BIN MOHD YATIM atau lebih mesra disapa dengan panggilan EN AZIZ. En aziz merupakan pensyarah saya pada semester ini yang mengajar subjek Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah. Untuk pengetahuan semua, En Aziz telah mengajar group emapati 4 semester berturut-turut iaitu sejak dari semester 2,3,4 dan 5. Namun, saya hanya sempat bersama En Aziz pada semester 2 dan juga 5 sahaja kerana saya terlibat dengan pertukaran pelajar ke UUM.
Getaran Jiwa merupakan satu medium untuk saya mencurahkan dan berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan yang saya ada di samping dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan daripada sesiapa sahaja. Diharapkan Getaran Jiwa ini akan dapat berkhidmat untuk saya dan memberi faedah untuk semua. Insyaallah...

PROGRAM MOTIVASI SMK TIP 1

ni antara fasi2 yg terlibat dlm mnjayakan prgrm motivasi kt smk TIP1..


lihatlah keriangan mereka...


org asli amat trkenal dgn smgt asabiah mereka.. sebab itu apbla diarahkn membntuk kumpln mereka hy memilih kaum merka shj..

inilah antara pelajar-pelajar smk TIP 1 yg rata2nya adalah org asli...


ini adik beradik angkat saya...1 rumah lima org.. mulanya 4 org je, tiba2 tmbah lak si kak yatie sorg lg..apa pn..mmg best sbb dpt buli kak yatie bibik nie...hehe..

































video

Baktisiswa Gua Musang